7 FAKTA Menarik Cara Memikat Wanita Dengan Sekelip Mata
Adakah anda pernah melihat lelaki yang boleh mendapatkan mana-mana gadis yang mereka mahu dan tertanya-tanya, "bagaimana mereka melakukannya?" Ya, perempuan tertarik kepada kuasa dan status. Ya, mereka tertarik dengan ciri-ciri kelelakian yang dominan, dan keyakinan. Nak tahu cara memikat wanita dengan bergaya?jom kita belajar sama-sama.
Jaga penampilan anda.
Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif.Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel �selekeh� oleh kaum hawa.Paham kan maksud saya.Jangan la pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja.tak Menarik, Tertarik De Boom kan?
Jadi diri sendiri.
Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain.Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia.HENTIKAN niat tak cerdik anda tu.Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat.Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey.Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.
Pandai berkomunikasi.
Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan.Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda �tackle� saya gerenti dia akan cair dengan anda.Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.kalau anda �kantoi� part ni wanita akan cop anda �membosankan�.tak percaya cuba la�
Bersifat prihatin dan ambil berat.
Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa �take care� terhadap mereka.tapi AWAS jangan �OVER TAKE CARE� tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call�jangan buat kerja gila ye.Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.
Jangan jadi �Haji Bakhil Bin Haji Kedekut�
Sifat ni cukup wanita tak gemar.cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah.Kejap�pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan.Atau senang-senang menjadi mangsa �pisau cukur� wanita yang tak bertanggungjawab.Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan.Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau.Si dia pasti akan terharu.
Jejaka yang periang
Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda.Macam mana ye�mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum.Jangan pula anda tunjuk muka macam nak �makan orang�.Sure dia takkan selesa.Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja.Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang �positif� tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe
Jangan suka main �remote control�
Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke??eh bukan..maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar.wanita cukup pantang pasal benda ni.wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka.Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka.Tiap minit nak tahu dia ada kat mana.Bosan la macam tu..bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga.ini baru cara memikat wanita yang gentleman.
Nak belajar lagi cara memikat wanita yang lebih advance dan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar